AWS

Cakna MyGovCloud@CFA 2025

Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur Dan Keselamatan Digital (BPG), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Program Cakna MyGovCloud@CFA 2025, yang diadakan pada 8 Oktober 2025 bertempat di Dorsett Hotel, Putrajaya. Program tersebut telah dihadiri oleh 120 peserta daripada pelbagai kementerian dan agensi persekutuan.

Program ini menjadi medium perkongsian pengalaman dalam pengurusan dan kesinambungan projek langgganan cloud dengan perkhidmatan MyGovCloud@CFA, selain menjadi wadah perkongsian maklumat dan pendedahan kepada agensi untuk menyuntik elemen emerging technology dalam pengkomputeran awan yang boleh diadaptasi bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Terdapat 2 sesi perkongsian berkaitan perkhidmatan MyGovCloud@CFA oleh Pejabat Pengurusan Pengkomputeran Awan (CMO) dan 4 sesi perkongsian perkhidmatan pengkomputeran awan oleh Panel Cloud Service Provider (CSP) AWS, Microsoft, Google dan TM.

Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah BPG, Puan Hamidah binti Mat Saat @ Abas. Beliau turut memberi galakan kepada para peserta untuk memanfaatkan perkhidmatan MyGovCloud@CFA di peringkat Kementerian/Agensi bagi menyokong aspirasi negara ke arah pengadaptasian emerging technology dalam sektor awam. Penganjuran program ini diharap dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang pelaksanaan MyGovCloud@CFA kepada para peserta yang hadir.